Tips memilih & membeli nama domain
Kenal pasti apakah isi kandungan yang
akan kita masukkan dalam laman tersebut. Contohnya, sekiranya blog
peribadi pada kebiasaannya mereka memilih untuk menggunakan nama mereka
sendiri untuk domain .Com mereka.
Sebagai contoh AdlyMukhtar.Com, ini
merupakan salah satu contoh domain yang menggunakan nama sebenar untuk
blog peribadi mereka. Dan sudah tentu isi kandungan yang terdapat disana
mengandungi penulisan peribadi dan ada kaitan dengan bidang yang
diceburi oleh penulis atau pemilik blog tersebut.
Sekiranya anda ingin membeli nama domain
untuk syarikat, sila pastikan domain tersebut mempunyai ciri-ciri
produk yang ingin dijual. Sebagai contoh jika anda ingin menjual produk
seperti nama domain serta webhosting sudah tentu ia berbunyi begini,
BaitulBytes.Com dan sebagainya. Sekiranya anda merupakan pemilik butik
pakaian muslimah domain akan berbunyi begini, BusanaMuslimah.Com,
MuslimahAnggun.Com dan sebagainya.
Ada juga yang membeli domain mengikut
apa yang diminatinya, hobi semasanya. Sebagai contoh kawan saya sendiri,
dia memang suka dan gemar dengan animasi jepun, atau mangga. Oleh itu
beliau membeli domain Aoryinvention.Com sebagai nama domainnya. Dalamnya
terdapat kandungan yang berkaitan dengan Anime, Mangga Jepun.
Secara ringkasnya, sebelum membuat
pembelian nama domain, sila pastikan dahulu apa produk yang bakal dijual
bagi mengelakkan daripada tersilap! Oh ya! Elakkan juga daripada kerap
menukar domain akibat daripada sikap was-was dan merasakan ia tidak
serasi!
Melalui nama domain juga pengunjung akan
dapat kenal pasti.. “Oh! Ini blog peribadi..”, “Oh! Ini blog seorang
usahawan internet!” Nama domain akan menjadi identiti kepada sesuatu apa
yang terdapat disebalik nama domain tersebut.
Akhir sekali, jauhilah daripada
membazirkan wang ringgit dengan hanya membeli nama domain .Com ini.
Nama domain ini biasanya dapat dibeli dengan harga hanya lingkungan
RM30 sehingga RM40 ringgit sahaja setahun.
No comments:
Post a Comment